Posted by : ~Hizbullah Hassan~ Sunday, 1 January 2012



Razak terpaksa ditugaskan keluar kota. Beliau
menyewa sebuah banglo usang yang telah lama
tidak berpenghuni. Pesan beliau pada isteri dan
anak-anak, dalam tempoh seminggu beliau akan
pulang mengambil mereka untuk tinggal sekali
dengan beliau di banglo tersebut.
Pada suatu malam, malam pertama, Razak
terdengar riuh rendah di dapur. Dengan
beraninya beliau menjenguk dan alangkah
terkejutnya beliau mendapati seekor toyol yang
sedang lahapnya menjamu apa sahaja makanan
di dapur.
Lantas, beliau membaca ayat-ayat yang pernah
beliau pelajari dan dengan tiba-tiba toyol itu
terketar-ketar memohon maaf padanya.
Toyol : Maafkan aku..aku lapar.
Razak : Takperrr..aku maafkan tapi dengan syarat.
Toyol : Apa dia? Aku rela penuhi syarat engkau
asalkan aku boleh makan.
Razak : Syarat pertama, engkau jangan ganggu
anak isteri aku nanti.
Toyol : Alahhhhh… kacang ajer.
Razak : Dan yang kedua..aku memang boleh bagi
engkau makan yang sedap-sedap tapi engkau
kena bereskan satu tugas..
Toyol : Apa tugasnya?
Razak : (Sambil memusing badannya ke belakang
dan mencabut seurat bulu ketiaknya) Nah… aku
nak engkau luruskan bulu ini..selagi ianya tak
lurus selagi itu engkau tak boleh makan.
Toyol : Alahhhhh… lagi kacangggggg… ..
Sejak malam itu,setiap saat dan ketika si toyol
berkenaan menjalankan tugas yang diberikan.
Saat berganti jam berganti hari, namun bulu
tersebut tak jugak lurus-lurus.. puas si toyol
mencuba namun gagal..Sudah hampir 6 hari si
toyol tidak makan..dia terlalu lapar. Namun
memandangkan takutnya dia pada ‘ayat-ayat’
yang dibaca oleh Razak, beliau tetap tekun.
Pada suatu hari seperti dijanjikan, datanglah isteri
dan anak-anak Razak tinggal bersama beliau. Si
toyol patuh pada syarat pertama. Sedikit
gangguan pun dia tidak lakukan pada isteri dan
anak-anak Razak.
Pada suatu pagi, seperti biasa Razak ke tempat
kerja. Tinggallah isteri dan anak-anak di rumah. Si
toyol begitu leka meluruskan bulu ketiak Razak di
hadapan pintu tanpa nampak dilihat oleh mata
kasar anak-anak & isteri Razak. Hanya Razak yang
mampu melihat kelibat si toyol berkenaan.
Sedang asyik si toyol menjalankan tugasnya, tiba-
tiba.. gedebokkk!!!! isteri Razak jatuh tersungkur di
hadapan si toyol sambil kain yang dipakainya
terselak ke atas perut… Alangkah terkejutnya si
toyol… .
Toyol : Makkkkkk… mati aku… banyak lagi bulu
yang nak kena lurus daaaaaaaaa… ..
Selepas kejadian itu.. larilah si toyol dan tidak
datang-datang lagi ke banglo berkenaan
ammboi : ops…sekadar cerita lawak….

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to Hiz-Network

Popular Post

- Copyright © 2013 ђ¡ž-₪عтШ٥яk -Hizbullah Hassan -